Followers

Jul 14, 2010

Resepi Buttercream Icing

Kat sini, saye nak share sikit beberapa resepi buttercream icing yang sedap & hasilnye putih serta mulus. Boleh cuba kesemua resepi ni & compare ye!


Aising Mentega (1)
Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.

Aising Mentega (2)
Bahan-bahannya:
Mentega 250 g
Marvello atau krimwell (sejenis marjerin
yang khusus) 250 g
Gula aising 250 g
Putih telur 3
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan marvello atau krimwell hingga ringan dan gebu.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising dan putar hingga sebati.
3. Campurkan sedikit demi sedikit putih telur dan pukul rata-rata setiap kali selepas memasukkannya.
4. Bubuh esen vanila dan kacau sebati.
5. Jika tidak terus menggunakannya, simpan aising di dalam bekas bertutup rapat.

Aising Mentega (3)
1/4 cawan air panas (bukan mendidih)
1 camt esen mentega/butter oil
500-700 g gula aising, diayak
3/4 cawan lemak sayuran
Putar lemak sayuran dan air dengan pemutar letrik hingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising hingga mendapat kepekatan yg diinginkan untuk disapu pada kek. Akhir sekali, campurkan dengan esen mentega.

Aising Mentega (4)
1/2 cawan lemak sayuran
1/2 cawan marjerin atau menteg
1 camt vanila
2 camb susu segar
4-4 1/2 cawan gula aising, diayak
Putar mentega dan lemak sayuran hingga gebu, masukkan vanila dan kacau rata. Masukkan 1 cawan gula aising pada satu masa, putar pada kelajuan sederhana. Pastikan keliling mangkuk dikaup selalu supaya semua bahan sebati. Campurkan susu dan pukul lagi hingga gebu dan ringan. Simpan di dalam peti sejuk (bekas bertutup) jika tidak digunakan tetapi hendaklah diputar semula sebelum digunakan.

2 comments:

Anonymous said...

salam, kak, nak tanya r...resepi yg akak guna yg mana ye?
klu akak x keberatan utk bgtau...;)

Fariha Norbaya said...

biase guna yg resepi nombor 4. :)