Followers

Jul 14, 2010

Kek Coklat Moist Best

Ni lagi satu resepi yang saye dah test, and amat sedap. Bolehlah try utk minum2 petang @ utk majlis anak2.

Ikuti langkah2 mudah
menyiapkan kek coklat yang pasti moistttttt....!!!


Nyum...Nyum...Nyum...


Sumber: akizila@myresipi.com Edited by : Farin 


Bahan-bahan ( tuk saiz loyang 9 inchi )
  • 375 gram mentega - dicairkan (atas api biasa)
  • 1 tin susu cair ideal
  • 2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum -diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikrbonat
  • 4 biji telur

  • Cara-cara
  1. Cairkan mentega. kemudian masukkan susu cair.(pastikan mentega cair sepenuhnye sebelum masukkan susu)
  2. Masukkan gula. kacau sehingga gula cair dan sebati. biarkan mendidih sebentar. kemudian tutup api. Biarkan aduan suam sedikit.
  3. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  4. Kacau telur sehingga berbuih.(kacau guna garfu je)
  5. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam aduan yang telah disuamkan tadi. Kacau hingga sebati. (pastikan telur tidak berketul)
  6. Kemudian, masukkan bahan2 yang di ayak td sedikit demi sedikit ke dalam aduan. kacau sebati.(pastikan aduan tidak berketul)
  7. Panas kan oven. Isikan aduan ke dalam loyang. Bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 30-40 minit. Kek ini juga boleh dikukus. kalau kukus , perlu dikukus selama satu setengah jam. (kek yang dikukus biasanya lebih lembab) . :)
* Suhu bergantung pada oven jugak tau.

No comments: